Jumaat

Kawan Sejati??

Dear Dairy,

Bila cakap kawan sejati mesti ramai yang akan bagi pendapat. Sekarang biar Naru bagi pendapat.

'TIDAK ADA ISTILAH KAWAN SEJATI DALAM KAMUS HIDUP NARU'

Anda semua boleh mengangap Naru seorang yang teruk tapi Naru ada sebab kenapa Naru macam ni. Sorry la tapi Naru amat susah nak percaya kawan baik sebab bagi Naru kawan datang dan pergi. Tak ada satu pon yang melekat ngan Naru. Mungkin sebab perangai Naru ni teruk dan Naru dah serik kena tikam dari belakang. Naru sedar bila Naru ada kawan sejati dorang ni mesti angap Naru ni boneka yang boleh dipergunakan sewenang-wenangnya. Naru tak kisah la korang nak buat apa dan Naru tak mengharapkan langsung pon balasannya sebab Naru berkawan dengan iklas.

Bagi Naru seorang kawan yang sejati ialah seorang kawan yang akan tegur jika kita buat salah dan menolong kita untuk berubah menjadi lebih baik. Bukannya yang bila seronok dia ada, bila kita kesusahan mereka meninggalkan kita. Bukan mengharap belas kasihan atau simpati tapi Naru hanya mengharapkan sedikit kepekaan. Tak perlu kita cakap kita dalam kesusahan dia dah tau sendiri.

Hahaha Naru ni dah macam cari calon suami dah padahal cari kawan je pon. Tinggi sangat ke keteria seorang kawan yang Naru cari?

Kawan terakhir Naru pernah cakap ni kat Naru-

'Aku paling malas nak amik hati orang lain. Kalau ada orang merajuk ngan aku, aku akan buat bodoh je'

Ok fine Naru pegang ngan kata-kata dia. Tapi bila dia merajuk ngan orang die tau lak nak suruh orang pujuk dia. Sigh!... Ni la yang dikatakan -hanya sebelah pihak. Kalau kita nak orang respek kite,kita kena la respek orang dulu betul tak?. Dalam persahabatan pon kena la ada give and take ye..Daa


Emoticon

Salam dari,
Narumi

3 ulasan:

Lynn Damya berkata...

haha sy setuju, sy mmg xde kwn baik, sbb sy xpcaya kt semuanya, sy kwn semua, tp kwn2 cmtu je, xde geng atau bff, dan sy mmg xkisah org merajuk dgn sy, sbb diorg yg merajuk tu kdg2 bila menyakitkan hati kita, lg pedas ayt, so lantak lah kan, haha :p

Unknown berkata...

mm ^^ betul2 sokong lynn!!

fazzlim berkata...

kwn yg diaagp kwn sjati mmg ssh yunk...
fazz dlu ada kwn baik..
slama 8 tahun kami kwn..tbe2 bila die dh ada kwn baru kawan lama die leh lupa macam tu je..

Jom Terjah

Senarai Blog Saya

Blogger templates