Ahad

Tips melukis dari Naru

Dear Dairy,

Salam sume! Naru ni bukan la pandai sangat melukis sebenarnya hehe sekadar hobi masa lapang je la katakan. Sebenarnya melukis ni boleh tahan la antara senang dan tak senang tapi apa yang penting ialah praktis. Naru pon bukan minat sangat lukis ni waktu kecik-kecik. Seni asyik teruk je. Kawan Naru, Lin (Naru pernah cerita pasal die sebelum ni) dia la yang mula-mula ajar Naru melukis dan lukisan pertama Naru ialah mata haha. Mata yang ala-ala bolywood sebab dramatik gile sampai kawan Naru kata- ko ni nak lukis anime ke potret? Tuzki Bunny Emoticon


POTRET!!ARGH!! tolong la! satu-satunya lukisan yang Naru tak suka buat  Tuzki Bunny Emoticon


OK Naru tak mo cakap banyak segmen kali ni Naru ajar firts step nak lukis anime ye  Tuzki Bunny Emoticon


Sebenarnya sebelum nak lukis anime ni kita kena la wat lakaran kasar dulu atau senang cite basic die. Sume kartun ke anime ke asal die dari orang lidi jugak. Orang lidi ni lakar kecik-kecik kat sebelah kertas bahagian atas tuk rujukan anime kite.

Sekarang kite mula bahagian kepala dulu:

Buat bulat dan bahagikan kepada beberapa bahagian..Naru ade tunjuk kat dalam gambar tu ade satu garisan menegak di bhagian tengah dan dua garisan melintang dibahagikan sama-rata. Bahagian menegak tu tuk menentukan hidung, garisan melintang yang atas tuk mata dan bawah dia pulak tuk mulut. Untuk mata orang dewasa dia mesti betul-betul kat garisan melintang atas tuk kanak-kanak pulak dia berada antara garisan melintang pertama dan kedua.

Mata:
Bila sebut mata anime je mesti sume akan fikir bulat dan besar. Betul tak hehe. Sebenarnya yang comel tu disebut Chibi (kanak-kanak,karakter kecik dan tembam), anime tu tuk kartun Jepun yang dewasa/remaja, hentai lak tuk 18+ (selalunya lukisan ni lebih serius dan terperinci)



 *Mata menunjukkan emosi-jadi sila pilih riak kening dan mata yang sesuai

Hidung dan Telinga:


Sebenarnya Naru kalau lukis anime mesti malas nak lukis hidung haha kadang-kadang Naru letak titik je dah. Sebab bile letak hidung yang salah boleh mencacatkan muke anime yang cumel. Telinga pulak Naru suke buat watak kucing atau binatang. Sebab kalau buat telinga manusia mesti tak nampak sebab anime yang Naru lukis sume rambut panjang dan tutup telinga =_=`

Last but not least, bahagian favbret Naru , Rambut dan mulut:


Tuk lukisan mulut ada dalam gambar kat atas maaf kalau kecik sangat ye. Mulut ni senang je betul tak dan Naru yakin ramai yang boleh wat. (kalau tak boleh bagi tau Naru ajar satu-satu personal senang skit paham). Rambut pulak dilukis di bahgian atas lakaran bulat tuk muka tadi tapi kena atas sikit sebab rambut anime yang nampak lebat lagi nampak comel.


Sekian saja tuk entry kali ni. Naru akan ajar tuk bahagian lain pulak lepas ni tapi korang kena past dulu wat bahgian kepala tau baru boleh buat yang lain. Maaf kalau ada yang silap sebab Naru ajar dari pengalaman Naru melukis je. Naru sendiri tak pernah pergi kelas melukis. Sume belajar dari kawan dan u-tube je hehe.

Wasalam,
Narumi




4 ulasan:

fazzlim berkata...

pndai jugak naru lukis yer...
hehhe..melukis ni sng sgt2 naru...
fazz suka melukis..lg2 bila dapat msk kelas seni reka tanda masa zaman p'sekolah dlu :p

Lynn Damya berkata...

haha, wah best jugak ye ade rujukan mata tu..makin senang lah klw nk lukis..tahniah naru, hihi (n_n)

narumi sakura berkata...

fazzlim: hehe Naru biase-biase je :p..waa!!bgusnye fazz ni minat lukis dari kecik >_<

Lynn: terima kasih Lynn bagi sokongan hehe XD

Lynn Damya berkata...

haha rinduuu naru juga~~~~lamanye kamu xupdate blog, wuwu :(

Jom Terjah

Senarai Blog Saya

Blogger templates