Isnin

Cerita dari mimpi

Hotel Lavender,9.30 malam

Dengan mengenakan pakaian ringkas berseluar Jin aku melangkah keluar bilik ku. Tugas sebagai pengintip polis sememangnya memenatkan. Niat ku hanya ingin berjalan-jalan di hotel mewah ini dan melupakan sebentar tugas ku. Aku menuju ke bilik lain. Ya buah hati ku berada di dalam bilik itu dia juga salah seorang pengintip polis yang bertugas bersama ku. Ok sebenarnya dia ialah ketua aku. Kepintaran dan kecekapannya membolehkan dia memegang jawatan tinggi dalam usia yang muda (dia 2 tahun tua dari ku).

Belum sempat aku mengetuk pintu biliknya, dia telah pun telah membukanya seolah-olah tahu aku sudah sampai. Dia kelihatan sungguh segak mengenakkan T-shirt hitam berkolar putih dan berseluar Jin Cuma mukanya seperti bagun tidur. Adakah dia sudah lama menunggu aku. Terujanya aku. Adakah dia suka pada ku juga jikalau begitu aku tidak bertepuk sebelah tangan. Tiba-tiba dari arah dalam aku terdengar suara perempuan memanggil. “ Abang masuk la sambung tido ”, aku kaget. Dia sudah berkahwin? Dengan segera aku senyum dan tunduk sedikit tanda setuju menyuruh dia tidur juga. Mukanya berubah seperti rasa bersalah tertapi keadaanya yang tidak bermaya memaksa dia bergerak ke katil dan sambung tidur. Aku dengan pantas melangkah pergi dengan seribu satu soalan. Ya memang aku tidak tahu langsung pasal dia. Nama sebenar, tempat tinggal, tarikh lahir, keluarga berapa adik beradik, lahir di mana..kalau info basic aku tak tahu ni kan pulak pasal soal dah kahwin ke belum. Aku hanya mampu mengeluh. Biar la yang lepas tu lepas. Aku kenal dia pun sekejap jatuh cinta pandang pertama la katakkan. Ah biar la baik aku pusing-pusing hotel ni daripada aku fikir pasal cinta esok balik Kuala Lumpur aku dah nak letak jawatan dan sudah tentu la tak jumpa dia lagi.

Hotel ni besar betul  dah tak payah keluar cari shoping complex semuanya complete. Walaupun aku seorang polis aku tetap seorang perempuan dan hobi perempuan yang tak dapat dipisahkan tentu la shopping. Aku berjalan tanpa arah tuju sehingga la seorang budak perempuan melintas sebelah ku sambil memegang sugar glider. Binatang tu memang senang nak dapat kat Thailand ni dan lagi murah berbanding di Malaysia jadi aku tak terkejut la kalau ramai yang dapat stok kat sini. Terus aku tegur budak tadi (aku ni pantang jumpe binatang comel-comel ni) “sugar gliderkan? Akak pon ada bela jugak tapi akak tinggal kat rumah kawan akak” budak tadi terkejut dan terus teruja “ Yeke, wah kalau camtu akak mesti tahu macam mana nak jaga diakan? Saya baru je bela dia nak bagi mandi bau badan dia busuk la” aku menganguk dan mengikut dia ke salah satu kios yang menjual barangan binatang peliharaan. Sepanjang jalan aku memberi nasihat cara-cara memilihara sugar glider. Sampai sahaja di kios tu aku terus mengesyorkan spray mandian yang tak perlu menggunakkan air




Puas berjalan-jalan aku mengucapkan selamat tinggal kepada budak perempuan tadi. Tiba-tiba aku pening kepala aku melihat keliling “di mana bilik aku??”


20 tahun sudah berlalu selepas sahaja aku berhenti kerja keadaan Malaysia menjadi kucar kacir begitu juga kehidupan ku. Keadaan Malaysia seperti zaman pemerintahan Jepun, rakyat kekurangan makannan, ramai yang merempat kerana keadaan kos kehidupan yang tinggi. Bagi yang kaya mereka betul-betul kaya bagi yang miskin mereka betul-betul miskin tidak ada yang sederhana. Dimana Malaysia ku yang dulu. Selepas 20 tahun menghempas pulas mencari nafkah hidup dan berjuang untuk hidup Alhamdulilah aku sudah berada dalam keadaan yang stabil. Malaysia juga berada dalam tempoh pemulihan. Aku kembali ke Hotel Lavender dimana aku kali terakhir bertemu dengannya. Aku menaiki lif menuju ke tingkat dua. Banyak yang berubah selepas 20 tahun aku juga begitu. Muka ku penuh dengan kedutan, badan dulu yang ramping juga sudah sedikit gempal. Kalau aku sudah berkahwin sekarang sudah tentu aku sudah ada cucu dan bergelar nenek. Aku tersenyum sendiri sepanjang dalam lif bila melihat pantulan diri di depan pintu lif. Aku keluar berhadapan dengan restaurant yang berkonsepkan cina Muslim ,aku melalui cermin luar sehingga la aku terhenti melihat salah seorang kawan `dia’dan juga satu pasukan dengan ku dulu sedang menunggu makanan sampai . Dia seperti dapat mengenali ku walaupun dengan rupa ku sekarang. Aku tidak mahu ingat kisah silam ku aku tidak ingin berjumpa dengan mereka, aku malu dengan diri ku sekarang aku mengorak langkah dengan pantas. Dia pula bergegas bangun dari tempat  duduk keluar dari restaurant dan segera mengejar ku. Dalam usia ku yang sebegini tidak mungkin aku sepantas dulu ,tiba-tiba tangan kiri ku dapat di rentap kawan ku itu. “ Tunggu kau nak pergi mana” aku tergamam. Ya dia menganali ku. “apa yang kau nak? Kau siapa aku tak kenal kau” aku berpura-pura. “Jangan berpura-pura aku ada sesuatu nak bagi tahu kau. Penting kau mesti ikut aku”. Penting? Degupan jantung ku bergerak pantas aku mengikuti sahaja rakan ku tadi. Kami tiba di sebuah hospital berhampiran ,rakan ku membawaku ke bilik ICU. Aku semakin pelik bila dia menyuruh ku mengintai cermin salah satu bilik ICU tersebut . Di dalam bilik itu aku melihat seorang lelaki yang amat tenat, keseluruhan kulitnya seperti hangus terbakar termasuk bahagian muka, mengelupas dengan teruk. Matanya terbuka dan dia merenung tepat kearah ku seperti ingin katakan sesuatu. Hati ku kuat mengatakkan aku kenal lelaki ini. Aku berpaling kea rah rakan ku tadi. Dia menganguk seolah-olah tahu apa yang ingin ku tanya kepadanya. Ya Allah apa yang berlaku kepadanya? Kenapa seorang Adam yang mendapat tempat di hati ku selama ini berjadi begini?...

                Rakan ku menceritakan segalanya kepada ku. Serta merta air mata ku gugur.

Hotel Lavender , 2 October ,

                Aku lega sangat tugas ku disini semakin hampir menemui jalan pennyelesaian. Jenayah penyeludupan manusia tidak boleh di teruskan. Ramai yang akan merana di sebabkan kes ini dan aku mesti lakukan sesuatu…

                Badan ku semakin lemah mungkin disebabkan kerja yang kertelaluan. Kebetulan adik perempuan ku juga berada disini. Selepas sahaja aku memberi tahu keadaan badan ku kepadanya melalui pangilan telefon dia terus sahaja bergegas ke Hotel. Mungkin juga dia risau penyakit ku yang tidak dapat dikenal pasti ini memakan diri ku sedikit demi sedikit. Aku juga tidak percaya aku masih boleh hidup lagi lama. Syukur kepada Ilahi.
                Malam ini aku telah berjanji dengan seseorang. Seseorang yang amat aku sayangi. Aku ingin ceritakan segala-galanya kepadanya. Ya malam ini, aku mesti luahkan perasaan ku!.

Hotel Lavender,3 October,

                Aku bagun dari tidur dan mencapai jam tangan di meja sebelah katil ku. Jam menunjuk pukul 6.00 pagi, degupan jantung ku begerak pantas. Ya Allah aku tidak pergi temu janji semalam. Aku bergegas ke bilik air membasuh muka dan mengambil kunci bilik. Aku berlari ke bilik dia. Aku mengetuk pintu biliknya berkali-kali dan tidak ada yang menyahut. Aku segera ke bilik ku dan membuat pangilan ke reception.Aku terkilan bila gadis di reception mengatakkan dia telah mendaftar keluar bilik tepat pukul 3 pagi tadi.

Kejadian malam tadi terlintas ke fikiran ku. Badan ku terlampau letih dan tanpa sedar aku menolak ajakan si dia dan sambung tidur. Sedangkan aku telah bersiap dari pukul 6 petang semalam semata-mata hendak keluar bersama si dia. Hendak telifon aku tidak tahu nombor telifon bimbitnya (sebagai pengintip polis banyak yang perlu dirahsiakan). Aku termenung binggung di atas katil…



                Aku tertanya-tanya perkara apa yang nak diceritakkan kepada ku malam itu?
Rakan ku berbicara lagi.

                “Sebenarnya kau dan dia pernah satu kolej yang sama. Mesti kau lupakan? Aku pun ada bersama kamu berdua dulu. Aku mengaku aku agak cemburu dengan kemesraan kamu berdua tapi aku sedar aku tak dapat pisahkan cinta kamu berdua” rakan ku tunduk dan memaling dari memandang ku.



                “Awak kita sebenarnya sakit dan tak mungkin boleh hidup lama”, dia memandang sayu kea rah ku. Cermin mata yang melindungi mata hazelnya jelas menunjukkan yang dia serius bercakap begitu. Panng!! Aku mengetuk kepalanya dengan buku kuliah yang sedang aku gendong. “Apa yang awak cakap ni jangan mengarut la. Kalau ye pun awak sakit kite tetap akan bersama awak dan akan berusaha untuk sembuhkan awak. Awak tak boleh mati sebelum berkahwin dengan kite tau” kite mencebik mulut manja. Dia ketawa sebaik sahaja mendengar ayat terakhir ku. Aku tersedar dan malu dengan apa yang aku telah cakap. Semakin aku memarahinya semakin kuat tawanya. Aku melihat mukanya. Seronok, seronok sangat.. Muka yang aku tidak akan lupa.

                Sebaik sahaja tamat pengajian dia menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Kami terputus begitu sahaja. Jikalau benar itu awak, kejadian di Hotel Lavender ialah kali kedua  kita berpisah dan sekarang aku hanya menunggu di sampingnya. Kali ini aku redo untuk dia meniggalkan aku buat selama-lamanya kerana aku tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan.



“ Andai aku boleh balik ke zaman silam,ingin sekali aku memberi tahu mu aku sayang kepada mu”

Tiada ulasan:

Jom Terjah

Senarai Blog Saya

Blogger templates