Isnin

Tip memilih ayam yang Halal

Assalammualaikum semua,

Tak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri. Bila sebut raya je mesti orang akan ingat ketupat dan rendang. Dan juga bahan utama yang menjadi kegemaran Malaysia ialah AYAM.


Naru tinggal di kawasan ramai orang cina jadi setiap kali pergi pasar Naru pandang ayam tu dari jauh je huhu T^T. Teringin tapi tak lalu nak ambil. Nak makan tanpa was terpaksa la Naru pilih ikan. Balik rumah mak ayah baru makan ayam ( parent Naru berniaga ayam golek )

Jadi ni sedikit tip yang di turunkan dari ayah Naru untuk memilih ayam yang disembelih dengan betul>>


>> Macam yang kita sedia maklum ayam mesti disembelih di urat tengkuk dengan bacaan 'basmalah' dan bukannya dicucuk atau ayam mati lemas. Jadi seboleh-bolehnya cari la kedai yang penyembelihnya malayu/Islam

>> Tapi macam mana pulak kalau kita pergi ke pasar nampak ayam yang di atas meja pasar tu dah takde kepala. Pasti ke mereka sembelih dengan betul? Tak mustahil juga sebelum tu ayam dah mati lemas/cucuk, dah rebus buang bulu bile nak letak atas meja baru potong kepala ayam. Jika itu berlaku ayam tetap tidak halal.

>> Nak kenal pasti ayam tak mati tekejut tengok pada kulit ayam yang dah takde bulu tu. Ayam yang di sembelih dengan betul selalunya kulitnya licin dan cantik (kecuali ayam kampung). Manakala ayam yang mati tekejut/cucuk kulitnya permukaan berbintik timbul teruk dan banyak macam kulit kita kalau bulu meremang.

>> Ni sedikit tip mana nak cari ayam Halal ( tak berniat untuk memburukan mana-mana perniagaan ayam tapi siapa suruh korang sembelih ayam tak betul)

Kajang: selama Naru duk sana ayam di econsave ,bangi memang kulit die cantik. Jadi boleh beli disana.

Kuchai lama: Naru selalu beli barang dapur kat NSK kuchai lama sebab murah tapi bagi penduduk Islam di sini tolong jangan beli ayam di sana. Memang yang potong ayam bahagian depan tu malayu. Tapi Naru pernah nampak ayam mati yang kepala tak putus habis dan kalau tengok kulit ayam tu pun memang teruk. Sebab tu Naru beli ikan je kat NSK.

Desa Petaling: Ayam di Giant, Megan Salak park setakat ni kulit die nampak cantik dan Naru berani beli kat sini. Tapi still kena cek dan berwaspada takut ade yang campur.


Ok kalau tanya mana parent Naru beli ayam untuk bisnes die, memang semua orang susah nak cari tempat die. Ayam yang parent Naru beli selalunya dihantar depan rumah dan datang dari kilang sembelih ayam kawan ayah Naru sendiri. So memang was-was tu 0.01%. Tak boleh nak cakap 100% bersih sebab ayam di Malaysia ni memang takkan terlepas dari lalat hehe.

Jadi sekian saja tip tuk hari ni. Selamat Hari Raya dan selamat memilih ayam yang halal.

Wasalam,
Narumi/Nurul
Yang cute

5 ulasan:

Ann Ishak berkata...

info yang berguna, thanks :)

Lynn Damya berkata...

Salam, wah nice info Naru ! baru tahu nak tentang kulit ayam tu..patutlah kadang-kadang nampak kat kedai, apehal ayam ni mcm 'meremang' gitu~ rupanya mati terkejut..sian dia :( nasib baik tempat sy ramai juga yg bekalkan ayam yg kulit licin cm naru cakap tu..thans for sharing ! :D

ainitumata.blogspot.com berkata...

Allahuakbar.

Terima kasih atas info yg berguna ni. Bab makanan memang kena cerewet. Sebab jadi darah daging kita

ainitumata.blogspot.com berkata...

Allahuakbar.

Terima kasih atas info yg berguna ni. Bab makanan memang kena cerewet. Sebab jadi darah daging kita

RaIIFMarHain berkata...

terbaik perkongsian...
ad nak tambah aedikit..skiranya dah pasti pasaraya besar d kuchaì lama tu jual ayam x halal adalah lebih baiknya tidak berbelanja barangan lain disana..
ia seperti kita menyokong apa yg mereka lakukan terhadap ayam tidak halal tadi

Jom Terjah

Senarai Blog Saya

Blogger templates