Isnin

Jom jalan-jalan Batu Pahat

Entry ini ditulis pada malam raya tapi tak sempat publish sebab leka tengok tv cite best haha..

Salam akhir Ramadhan >_<,

Yay!! Tak sabarnya esok nak raya. Sekejap je rasenya kan..huhu Naru akan sentiasa merindui bulan Ramadhan ni. Yela bulan yang ada sekali setahun je.. mm ape pun yang penting ini tahun pertama Naru beraya sebagai isteri orang. Setelah kalah main o som ngan suami maka tahun ni Naru kena la balik raya di kampung suami Batu Pahat, Johor.



Sebelum tu memang Naru nak mintak maaf kalau entry ni akan buat orang Johor terutamanya Batu Pahat tersinggung.

Masa mula-mula berkenalan dengan suami Naru dulu (sebelum kawin) ada la Naru pergi sekali Batu Pahat , nak tau juga tempat orang. Naru pulak tak pernah sampai sini. Abang sayang Naru ni pulak bukan kaki jalan dan akhirnya Naru terperap kat rumah dan rasa amat bosan tinggal di Batu Pahat ni huhu.

Akhirnya selepas kawin ni baru Naru tau Batu Pahat ni sebenarnya hampir sama dengan kampung Naru di Seberang Prai. Nampak bosan dan pemandangan hanya ada bagunan lama yang mungkin dah lebih 10 tahun ada di situ , kawasan kampung, bandar yang tak ada hiburan macam di Kl ( tak semeriah di KL) tapi ini untuk yang tak tahu jalan. Bagi yang tahu jalan nah hambik kau>>

1. Minyak Beku - hasil dari tanya adik keje 7e kami sampai sini hehe.. Thank you >_<



Tempat die takda la sehebat Port Dikson atau Bagan Lalang tapi untuk tapi yang suka ketenangan ini memang tempat terbaik. Damai je suasana orang pun tak crowded sangat. Ada kelengkapan pondok jadi lain kali yang nak datang sini jangan lupa bawak pemanggang BBQ dan dapur mudah alih masak stimboat fuhh sedapnya..Eh puase hehe.. Amaran laut disini tak sesuai untuk mandi memang port lepak je.
Amaran lagi khas untuk pasangan kapel tanpa sah!! Tolong la jangan gunakkan kesempatan tak ramai orang dan tempat-tempat sunyi di sini untuk korang buat maksiat buat tambah bala kat tempat ni je huhu..


Tempat ni pun ada sejarahnya sendiri. tak dapat baca gambar tugu tu?? haaa kene la datang sendiri tempat ni tuk baca sejarah kat sini XD


Sempat saja nak posing kat tempat yang bukan-bukan. huhu



Alamak dah lupa apa nama binatang ni. Dia hidup di celah-celah batu kat sini. Siapa pakar marine kat sini tolong bagi tau apa nama dia!!.. Naru ingat siput mati tetiba nampak ada orang bawak benda macam tukul lepas tu ketuk korek isi dia simpan dalam satu bekas. Pelik gak Naru. Tanya husband dia kata benda tu boleh makan huh bukan main tekejut Naru. Husband siap komen rasa dia sedap macam rasa isi kelapa..
=_= Betul ke?? Kawan-kawan tolong komen sikit kalau pernah makan

2. Bazar

Kalau dah bulan Ramadhan ni apa lagi benda yang menarikkan?? Yup mesti la Bazar Ramadhan lagi-lagi ni bazar hari terakhir sebelum raya esok.. Memang tempat wajib pergi haha (ingat makan je Naru ni =-=)


Ok ini bazar paling meriah ,besar dan teratur Naru pernah tengok. Antara menu yang paling banyak terjual disini..offcos AYAM.. ayam golek, ayam salai, sate ayam, nasi ayam...macam-macam lagi la hahaha.. Betul tak macam entry Naru sebelum ni. Di Malaysia segala-galanya ialah ayam.. =_='

Sekian saja entry Naru tuk hari ni. Kalau Naru jumpa tempat-tempat best lagi Naru akan post lagi ye >_< hehe...

Secebis kata dari husband Naru : 
'Sebelum kawin jangan dating sangat kalau boleh jumpa pun jangan selalu sebab sayang masih milik ibu dan ayah, dah kawin abang akan bawak sayang kemana sahaja sebab sayang adalah milik abang sepenuhnya dan abang tak nak sayang bosan selepas berkahwin dengan abang'

Terima kasih Sayang :)

Yang Suke Melancong,
Nurul aka Naru..












Tiada ulasan:

Jom Terjah

Senarai Blog Saya

Blogger templates