Rabu

Sejak bergelar Isteri

Dear Dairy,

Hari ni dah cukup lebih 2 minggu Naru bergelar isteri hehe. Pagi tadi lepas je subuh suami ajak keluar..huh die ni memang potong stim Naru nak sambung tido huhu..Dah la tak bagi tau nak pergi mana tau-tau je suruh bersiap. Rupe-rupenye dia bawa kite ke Pejabat Agama Selangor. Tempat die agak tersorok jadi tuk pengantin baru Selangor wajib cari tempat ni tuk kemudahan akan datang.

Kenapa pergi Pejabat Agama??

hah ni Naru nak cite sikit. Selepas akad nikah tok kadi akan bagi kita surat nikah sementara macam ni >


dah macam belacan Naru kejekan hahaha

Selepas kita cukup 2 minggu akad nikah kita kena ambil sijil nikah yang original di Pejabat Agama macam ni. Kene pergi berdue tau kalau tak ,tak boleh ambil. Waktu bekerja sahaja so kene la apply cuti or half-day off. Urusan die pun sekejap je >

harap yang ni tak akan jadi belacan

Tapi ingat Sijil Akuan Nikah original ni tak dibenarkan leminate. mmm Suami cadang suruh buat frame je..huhu..Tuk yang lebih senang buat kad macam kad ic tu. Naru tak buat lagi huhu sebab takde fulus suami ajak rembo je pergi Pejabat Agama nasib baik IC bawak sekali tadi huhu. Kalau buat kat Pejabat Agama Bangi kad tu RM60 nak murah kene pergi Shah Alam RM40..Tapi macam tambang ke Shah Alam lebih kurang je huhu. 

Sekian sahaja secubit tip tuk Pengantin Baru ,

Wasalam,
Naru aka Nurul


Tiada ulasan:

Jom Terjah

Senarai Blog Saya

Blogger templates