Khamis

Format laporan latihan industri politeknik

Dah lama x tulis blog sumegare-gare sibuk wat report poli huhuhu...ari ni aku sje je nak bg panduan skit wat format laporn..lps ni x yah la nak carik dalam lmn web poli lak..nak kongsi la gak kat adik2 yang bakal amk LI ni (ceh adik2) kih3..ok chek it out ;)

FORMAT LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 PENGENALAN

         Format Laporan Latihan Industri ini adalah bertujuan untuk memberikan panduan lengkap dan
tersusun mengenai semua aspek penyediaan laporan Latihan Industri.
Sesungguhnya dengan terhasilnya buku panduan ini diharapkan dapat membantu pelajar–
pelajar untuk menyediakan laporan mengikut format yang dikehendaki di samping
mengurangkan kekeliruan berhubung kandungan laporan tersebut. Adalah diharapkan dengan
adanya buku panduan ini, pelajar–pelajar akan dapat menghasilkan sebuah laporan yang
berkualiti.
“SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI”

1.2 PENYERAHAN DOKUMEN LAPORAN INDUSTRI
             Pelajar yang tamat menjalani program Latihan Industri wajib mendaftar semula di Politeknik
untuk mengikuti pengajian semester seterusnya. (kecuali Sijil Kemahiran Mekanikal). Terlebih
dahulu, pelajar wajib menghantar Laporan Latihan Industri pada hari penyemakan dokumen
Latihan Industri sebelum dibenarkan mendaftarkan diri bagi sesi semester seterusnya.
Dokumen Latihan Industri yang dimaksudkan ialah :

i. satu (1) salinan asal Laporan Latihan Industri yang siap (tanpa dijilid). Pelajar hendaklah memasukkan Laporan ini ke dalam sampul surat dengan menulis nama dan nombor pendaftaran pelajar.
ii. Buku Laporan Harian (buku log) yang diisi oleh pelajar semasa program Latihan Industri.
iii. Sampul surat yang berisi Borang Penilaian Prestasi Latihan Industri yang telah diisi dan bercop rasmi Organisasi tempat latihan .
iv. Laporan pengesahan Latihan Industri pelajar yang telah di isi oleh organisasi latihan pelajar.

1.3 GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

        1.3.1 AM
                 1.3.1.1 laporan hendaklah ditaip pada kertas putih dan disusun mengikut turutan.
                 1.3.1.2 saiz buku laporan ditetapkan kepada saiz A4(210 x 297) dan berat minimum kertas ialah                   80gm.
                 1.3.1.3 laporan dibuat dalam BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS.

       1.3.2 PEMBETULAN
           Pelajar dilarang menggunakan ‘liquid paper’. Segala pembetulan perlulah ditaip semula.

       1.3.3 DAKWAT
          Tulisan Laporan Latihan Industri hanya menggunakan dakwat HITAM sahaja.

      1.3.4 MUKASURAT
       * Minimum 80 m/s
       * Maksimum 150 m/s

       1.3.5 KANDUNGAN KESELURUHAN
          Kandungan Laporan Latihan Industri ialah:
               i. Bahan Hadapan iaitu:
                   Halaman Judul (lampiran A)
                   Perakuan (lampiran B)
                   Surat Tamat Latihan (lampiran C)
                   Dedikasi (pilihan)
                   Penghargaan (pilihan)
                   Senarai Kandungan
                   Senarai Jadual
                   Senarai Rajah
                   Senarai Lampiran

             ii. Bahan Laporan iaitu:
                  Bab 1 Pengenalan
                  Bab 2 Ringkasan aktiviti latihan industri
                  Bab 3 Isi Kandungan
                  Bab 4 Kesimpulan
                  Bab 5 Komen & Cadangan

            iii. Bahan Belakang iaitu:
                 Rujukan
           *Sumber kesemua maklumat diperolehi
             Lampiran
          * Maklumat tambahan

      1.3.6 Gambarajah/jadual dan lampiran
              1.3.6.1 Gambarajah/jadual/graf yang terdapat dalam laporan hendaklah dinomborkan mengikut tajuk kecil dan penerangan ringkas.

Contoh :
Rajah 4.7.1
4=Bilangan Rajah
7=Bilangan Tajuk Kecil
1=Bilangan Bab

               1.3.6.2 Semua bentuk peta, carta, lukisan, graf, gambarajah dan foto disebut rajah hendaklah jelas tidak ditulis tangan.Rajah yang dan penerangannya hendaklah ditaip.
               1.3.6.3 Semua lampiran hendaklah diletakkan di bahagian lampiran di belakang sekali dan diberikan nombor dan nombor muka surat lampiran.

Lampiran A
Muka surat lampiran adalah L1 hingga L10

1.3.6.4 Data, jadual, peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk
dimasukkan ke dalam teks laporan bagi menerangkan maksud teks tersebut,
maka ia hendaklah dimuatkan ke dalam lampiran.

1.3.6.5 Lampiran yang tidak mengandungi muka surat dan hendaklah diberi nama
seperti lampiran A lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan
banyaknya bahan yang disertakan.

1.3.7 Rujukan

1.3.7.1 Senarai buku rujukan yang dibuat hendaklah dilampirkan di bahagian
belakang laporan selepas bahagian kesimpulan/penutup dengan menyatakan
nama pengarang, judul dan tahun penerbitan dan sebaik-baiknya disusun
mengikut abjad (nama pengarang)

1.3.7.2 Kaedah menulis:
Nama pengarang, judul buku/majalah, penerbitan dan tahun buku/majalah, diterbitkan.

Contoh:
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
1. Mustaphar Mohamad, Pengenalan Teori Kuantum, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1987.
2. Chuah,D.G.S. Solar Radiation in Malaysia, Oxford University Press,
Singapore, 1990.
3. Fox, Wiliam, The Mill, New York Geographic Society, 1976

1.3.8 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN

          1. Kertas ber‘HEADER dan ‘FOOTER’ yang berlogo dan bernamakan syarikat adalah tidak dibenarkan.
          2. Penulisan berdasarkan „point-form. adalah TIDAK dibenarkan.
Contoh:
7.4 Fungsi Hold
- Untuk mengekalkan bacaan suhu semasa, tekan butang hold sebanyak
satu kali.
- Suhu yang dipaparkan tidak akan bertambah selagifungsi hold masih lagi
aktif.
- Paparan akan menunjukkan suhu dan perkataan ‘hold’ dan untuk kembali
ke keadaan normal, maka butang hold ditekan sekali lagi.

Penulisan mestilah dibuat dalam bentuk perenggan seperti contoh dibawah:

7.4 Fungsi Hold
       Untuk mengekalkan bacaan suhu semasa, tekan butang hold sebanyak satu kali. Suhu yang dipaparkan tidak akan bertambah selagi fungsi hold masih lagi aktif. Paparan akan menunjukkan suhu dan perkataan ‘hold’ dan untuk kembali ke keadaan normal, maka butang hold ditekan sekali lagi.


4. KESIMPULAN
Tidak boleh terlalu ringkas dan sekurang-kurangnya 1 muka surat penuh.
Contoh Kesimpulan
Kesimpulan hendaklah dilaksanakan dengan objekti latihan industri samada ia
berjaya dicapai atau sebaliknya. Kesimpulan juga merupakan hasil dapatan yang
diperolehi secara keseluruhan semasa menjalani latihan industri.


perghhhh panjang gile..klu nak tau cara atau tips yang seterusnya sila la rujuk buku panduan laporan latihan industri yang lecture korang kasi..

5 ulasan:

nurshahirah berkata...

woah!!..byknye keje!..gudlak! =)

none berkata...

nie dh mcm dh blaja sastera je..kene ikot format pstu in bm lak tu..huhuhu

Unknown berkata...

nurshahirah: huhuhu memang banyak sekrng padan muke aku x strt dari awal..skrng dh x tido mlm

sayang (asraf):tau xpe mase post bnde ni rase macam ngah wat report poli dh huhuhu..pening bnyak sngt fomat @.@

zk berkata...

salam,
dlu laporan Li takde tulis pasal laporan teknikal ea ?

Unknown berkata...

laporan teknikal mmm macam takde je =_=..format baru pulak ke?

Jom Terjah

Senarai Blog Saya

Blogger templates