Sabtu

Aku dan Rainbow Loom Bands

Assalammualaikum ww dan salam sejahtera..

Sejak mengenali produk DIY Rainbow Loom Bands ni Naru asyik main je bende ni sampai suami marah hahaha.. apa taknya habis satu design ada lagi satu design.. hampir setiap hari ada je patern-patern baru untuk loom bands ni. Memang tak jemu haha.

Esok buat pertama kalinya DIY Rainbow Loom Bands akan mula dijual offline di flea market Metro Point, Kajang. Sebelum ni nak beli bende ni susah kena order online sebab produk ni dari luar negara sekarang warga Malaysia terutama warga Kajang dah boleh beli secara offline dan lihat sendiri secara dekat pelbagai jenis produk loom bands ni.

Banyak benda menarik yang akan dijalankan khas untuk esok antaranya>>

~20 orang pertama DATANG ke sana akan dapat percuma 1 set getah dan y-band..sesuai untuk buat fishtail.

~belajar bersama peminat loom bands dan admin DIY Loom Bands Malaysia Fanpage cara-cara bermain loom bands

~pelbagai diskaun untuk produk yang dijual

~ Make me and Bring me Home,
Anda tidak memerlukan Rainbow Loom Bends set untuk membuat gelang anda. Hanya gunakan peralatan disana secara percuma dan buat accessories yang anda mahu

Gerai ini akan dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang setiap hari Ahad, di Metro Point, Kajang.

Jangan ketinggalan dan datang la beramai-ramai ya ^_^

2 ulasan:

Lynn Damya berkata...

Salam, wahh ralit sgguh naru buat benda ni..haha semoga berjaya! :D

acik watie berkata...

tak ada yang jual online ke?

acikwatie.blogspot.com

Jom Terjah

Senarai Blog Saya

Blogger templates