Khamis

Aku nak kunci pintu hati ni ketat-ketat boleh?

Dear Dairy,
    hari yang cerah pada di siang dan hujan di malam. Aku terduduk dibelakang pintu bilik ku sebaik sahaja mendapatkan Yuki. Helmet di kepala masih tak ditanggal. 'Yuki mama mintak maaf sebab tinggal Yuki 1 hari. Mama bukan tak mo bawak yuki tapi tadi panas sangat mama x mo Yuki panas. Ni balik lak hujan nasib baik x bawak Yuki kalau tak basah pulak' macam-macam aku membebel dengan Yuki. Yuki pulak pandang dan layan je mama die ni macam paham je ape yang mama cakap =).


Syira cakap kat aku Yuki mengamuk sebab aku tinggal die. Abih bersepah kandang dibuatnya. Kawan-kawan yang cuba menenagkan Yuki abih sume kena marah dengan Yuki. Aish Yuki2 x leh berenggang langsung. Syira pelik aku masih tak tanggal helmet. 'Kesian ko mesti make up ko cair kan kena hujan'. Hanya Syira je yang aku percaya dan boleh harapkan sekarang. Aku tanggal helmet dan cakap 'thanks Syira ko make up aku lawa-lawa nak kluar date ngan A**** tapi alih-alih make up cair kena air mata aku' mata ku mula  banjir.

'Aku tak tau la Syira. Aku rasa aku dah wat yang terbaik tapi aku tetap tak dapat buat die bahagia' Sepanjang keluar dia seolah-olah tidak berminat lagi kepada ku. Dia juga cakap yang die jelez aku bersama En. S. Sedangkan aku dan dia seperti anak dan bapa. Katanya jelez aku pergi GP bersama dia lepas tu banyak lak gambar yang diambil. Jika keluar bersama dia 1 gambar pon macam susah je nak amik. Tak tau la kalau sesuatu perhubungan tu lagi lama makin pudar cintanya. Tapi apa yang kutahu hati ku sakit-sakit sangat tolong la bagitau jawapan nya yang aku sendiri kurang pasti.


Kejadian semasa mahu pulang,
   selepas dia meluahkan ketidak puasan hatinya aku sedikit sedih. Kau tak nampak lagi ke betapa sayangnya aku pada kau sedangkan aku sendiri boleh terlupa hadiah hari jadi mu, terlupa dan tertinggal Yuki, terlupa nak amik skirt labuh yang tertinggal kat rumah family nak buat pergi kelas semata-mata sebab hampir 1 jam bersiap dan bermake-up (siap guna perkihdmatan Syira lagi) nak bagi cun abis tuk keluar dating. Kami dah la duk jauh-jauh bile dia cuti sem baru boleh jumpa (Si dia belajar di UITM P.Pinang aku pulak di poli Shah Alam) itu pon cuti sem sama. Aku sanggup bersusah-payah menunggang moto balik hari dari Shah Alam sampai Kajang sebab nak jumpa si dia. Tapi ini yang aku dapat. Aku dah malas nak bertengkar aku terus sahaja memecut moto ku tanpa memandang mukanya. Tapi tak jauh berapa kaki aku patah balik ke rumahnya sebab rasa bersalah. Dia perasan dan membatalkan niat masuk ke rumah. Lalu aku pon jerit 'Awak terima kasih untuk hari ni.' Dia kembali ke pagar rumahnya. Aku segan nak jerit satu kalimah cinta ni. Aku gagahkan jua demi membuktikan cinta. "I LOVE U" dan dia membalas "i love u too" (berbisik tapi aku masih famah gerak bibirnya) selepas mendapat balasan ucapan keramat tu aku pon mula memecut-destinasi Shah Alam. Sepanjang perjalanan aku menangis dan berteriak sekuat hati. Aku bawak moto laju-laju agar teriak ku sederas angin yang bertiup supaya tidak ada orang tahu aku sedang berduka. Ya senyuman di bibir ku selama ini hanya dusta semata-mata. Disebaliknya terdapat hati yang luka berdarah.



Sayang tolong maaf kan ku sebab aku mengaku sepanjang kita bersama aku banyak juga berkenalan dengan lelaki lain. Bagi ku kita masih belum memiliki apa-apa hubungan dan jodoh boleh berubah mengikut ketentuanNya. Tapi percaya la banyak-banyak lelaki aku hanya memilih kau sebab bagi ku engkau adalah yang TERBAIK dan jika engkau menjumpai seorang wanita yang LEBIH BAIK dari ku tolong lah pergi kepadanya dan tinggalkan aku kerana aku tahu aku tidak layak buat mu.

Naru tak suka laki yang:-

  • Mengambil kesempatan ke atas seorang perempuan walaupon baru je kenal
  • Tak tau nak hormat perempuan lain dan orang tua
  • Suka guna duit perempuan tapi sebenarnya dia mampu (beli rokok ade lak duit)
  • Cerewet sangat sampai setiap kali keluar dengan dia, mesti berpakaian cantik dan berdandan motif sebab nak jaga air muka sendiri or nak menunjuk die ade awek cun
  • Selalu bagi alasan die miskin tak mampu nak beli kereta,belanja makan dll tetapi dia tak faham maksud miskin yang betul (miskin-kais pagi makan pagi kais petang makan petang)
  • Selalu nak kita faham dia tapi dia tak pernah nak faham kita
  • Terlampau bersahaja sampai pergi majlis pon tak reti nak bergaya dan selekeh
  • Selekeh setiap masa (tak menjaga kebersihan diri)
  • Berani pukul perempuan walaupon belum ada apa-apa ikatan (tunang or kawin)
  • Suka memendam perasaan atau pendapat (kalau tak suka cakap je la tak suka kan senang dari buat muka sepanjang keluar bersama)
  • Merokok
  • Suka menipu
  • dll
! JIKA ANDA TERDIRI DARIPADA JENIS LELAKI DI ATAS TOLONG LA TAK YAH NAK NGORAT NARU SEBAB AWAL-AWAL LAGI DAH KENA REJECT !

Ape yang penting Naru suke SANGAT lelaki MATANG


~Tangisan ku membuat ku lebih tabah terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan air mata buat ku~

no komen,
Narumi

2 ulasan:

IntaNBerliaN berkata...

siannya naru ni.. sabar ye dik.. naru masih muda.. msh terlalu byk yg perlu ditempuhi & dipelajari...

kalau dia jodoh naru, pastu naru akn bersatu dgn dia.. tp jika bukan, percayalah yang naru akan dapat yg lbh baik dr dia... kerana apa yg drancang TUhan utk kita adalah yang TERBAIK!!

narumi sakura berkata...

huhu T^T terima kasih akak..saye akn sntiase ingt nasihat akak..semoga saya bjaya mngharungi dunia ni ngn tabah =)

Jom Terjah

Senarai Blog Saya

Blogger templates