Sabtu

Aku dan Rainbow Loom Bands

Assalammualaikum ww dan salam sejahtera..

Sejak mengenali produk DIY Rainbow Loom Bands ni Naru asyik main je bende ni sampai suami marah hahaha.. apa taknya habis satu design ada lagi satu design.. hampir setiap hari ada je patern-patern baru untuk loom bands ni. Memang tak jemu haha.

Esok buat pertama kalinya DIY Rainbow Loom Bands akan mula dijual offline di flea market Metro Point, Kajang. Sebelum ni nak beli bende ni susah kena order online sebab produk ni dari luar negara sekarang warga Malaysia terutama warga Kajang dah boleh beli secara offline dan lihat sendiri secara dekat pelbagai jenis produk loom bands ni.

Banyak benda menarik yang akan dijalankan khas untuk esok antaranya>>

~20 orang pertama DATANG ke sana akan dapat percuma 1 set getah dan y-band..sesuai untuk buat fishtail.

~belajar bersama peminat loom bands dan admin DIY Loom Bands Malaysia Fanpage cara-cara bermain loom bands

~pelbagai diskaun untuk produk yang dijual

~ Make me and Bring me Home,
Anda tidak memerlukan Rainbow Loom Bends set untuk membuat gelang anda. Hanya gunakan peralatan disana secara percuma dan buat accessories yang anda mahu

Gerai ini akan dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang setiap hari Ahad, di Metro Point, Kajang.

Jangan ketinggalan dan datang la beramai-ramai ya ^_^

Khamis

Loom Band Kit

Anda sukakan sesuatu yang creative dan unik?
Kami pekernalkan produk baru>> DIY Loom Band Full Kit
Kandungan:
* sebungkus gelang getah warna-warni ~cukup untuk buat lebih dari satu gelang ~600 pcs~
* klip plastik untuk sambungkan hujung ikatan getah menjadi gelang~10pcs
* satu hook /jarum untuk memudahkan anyaman gelang. ~ bentuk sama macam jarum anyam benang
* satu papan pembentuk corak untuk memudahkan lagi anyaman gelang
* instructions

Kelebihan Loom Band yang dah siap
- selesa dipakai oleh semua peringkat umur
- kita boleh buat sendiri corak/bentuk yang kita minat
- gelang diperbuat dari getah jadi dia akan ikut semua saiz tangan
- senang nak pakai. sarung je tak payah nak bukak klip bagai
- trendy dan unik. - produk ni baru saja masuk pasaran Malaysia, jadi orang pertama yang membeli set ni tentu kawan-kawan pun jeles

Harga di luar dugaan>>
Harga asal : RM56
Harga khas dari kami : RM 25 termasuk postage, sabah dan sarawak hanya ada tambahan RM3
Order sekarang sebab stok adalah terhad
WhatsApp/Wechat/sms/Instagram
0102890475
Pm/comment
Fb page: Shiny Brooch

Fb tutorial,info,update: DIY Loom Bands Malaysia Fanpage

Isnin

Jom jalan-jalan Batu Pahat

Entry ini ditulis pada malam raya tapi tak sempat publish sebab leka tengok tv cite best haha..

Salam akhir Ramadhan >_<,

Yay!! Tak sabarnya esok nak raya. Sekejap je rasenya kan..huhu Naru akan sentiasa merindui bulan Ramadhan ni. Yela bulan yang ada sekali setahun je.. mm ape pun yang penting ini tahun pertama Naru beraya sebagai isteri orang. Setelah kalah main o som ngan suami maka tahun ni Naru kena la balik raya di kampung suami Batu Pahat, Johor.



Sebelum tu memang Naru nak mintak maaf kalau entry ni akan buat orang Johor terutamanya Batu Pahat tersinggung.

Masa mula-mula berkenalan dengan suami Naru dulu (sebelum kawin) ada la Naru pergi sekali Batu Pahat , nak tau juga tempat orang. Naru pulak tak pernah sampai sini. Abang sayang Naru ni pulak bukan kaki jalan dan akhirnya Naru terperap kat rumah dan rasa amat bosan tinggal di Batu Pahat ni huhu.

Akhirnya selepas kawin ni baru Naru tau Batu Pahat ni sebenarnya hampir sama dengan kampung Naru di Seberang Prai. Nampak bosan dan pemandangan hanya ada bagunan lama yang mungkin dah lebih 10 tahun ada di situ , kawasan kampung, bandar yang tak ada hiburan macam di Kl ( tak semeriah di KL) tapi ini untuk yang tak tahu jalan. Bagi yang tahu jalan nah hambik kau>>

1. Minyak Beku - hasil dari tanya adik keje 7e kami sampai sini hehe.. Thank you >_<



Tempat die takda la sehebat Port Dikson atau Bagan Lalang tapi untuk tapi yang suka ketenangan ini memang tempat terbaik. Damai je suasana orang pun tak crowded sangat. Ada kelengkapan pondok jadi lain kali yang nak datang sini jangan lupa bawak pemanggang BBQ dan dapur mudah alih masak stimboat fuhh sedapnya..Eh puase hehe.. Amaran laut disini tak sesuai untuk mandi memang port lepak je.
Amaran lagi khas untuk pasangan kapel tanpa sah!! Tolong la jangan gunakkan kesempatan tak ramai orang dan tempat-tempat sunyi di sini untuk korang buat maksiat buat tambah bala kat tempat ni je huhu..


Tempat ni pun ada sejarahnya sendiri. tak dapat baca gambar tugu tu?? haaa kene la datang sendiri tempat ni tuk baca sejarah kat sini XD


Sempat saja nak posing kat tempat yang bukan-bukan. huhu



Alamak dah lupa apa nama binatang ni. Dia hidup di celah-celah batu kat sini. Siapa pakar marine kat sini tolong bagi tau apa nama dia!!.. Naru ingat siput mati tetiba nampak ada orang bawak benda macam tukul lepas tu ketuk korek isi dia simpan dalam satu bekas. Pelik gak Naru. Tanya husband dia kata benda tu boleh makan huh bukan main tekejut Naru. Husband siap komen rasa dia sedap macam rasa isi kelapa..
=_= Betul ke?? Kawan-kawan tolong komen sikit kalau pernah makan

2. Bazar

Kalau dah bulan Ramadhan ni apa lagi benda yang menarikkan?? Yup mesti la Bazar Ramadhan lagi-lagi ni bazar hari terakhir sebelum raya esok.. Memang tempat wajib pergi haha (ingat makan je Naru ni =-=)


Ok ini bazar paling meriah ,besar dan teratur Naru pernah tengok. Antara menu yang paling banyak terjual disini..offcos AYAM.. ayam golek, ayam salai, sate ayam, nasi ayam...macam-macam lagi la hahaha.. Betul tak macam entry Naru sebelum ni. Di Malaysia segala-galanya ialah ayam.. =_='

Sekian saja entry Naru tuk hari ni. Kalau Naru jumpa tempat-tempat best lagi Naru akan post lagi ye >_< hehe...

Secebis kata dari husband Naru : 
'Sebelum kawin jangan dating sangat kalau boleh jumpa pun jangan selalu sebab sayang masih milik ibu dan ayah, dah kawin abang akan bawak sayang kemana sahaja sebab sayang adalah milik abang sepenuhnya dan abang tak nak sayang bosan selepas berkahwin dengan abang'

Terima kasih Sayang :)

Yang Suke Melancong,
Nurul aka Naru..












Tip memilih ayam yang Halal

Assalammualaikum semua,

Tak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri. Bila sebut raya je mesti orang akan ingat ketupat dan rendang. Dan juga bahan utama yang menjadi kegemaran Malaysia ialah AYAM.


Naru tinggal di kawasan ramai orang cina jadi setiap kali pergi pasar Naru pandang ayam tu dari jauh je huhu T^T. Teringin tapi tak lalu nak ambil. Nak makan tanpa was terpaksa la Naru pilih ikan. Balik rumah mak ayah baru makan ayam ( parent Naru berniaga ayam golek )

Jadi ni sedikit tip yang di turunkan dari ayah Naru untuk memilih ayam yang disembelih dengan betul>>


>> Macam yang kita sedia maklum ayam mesti disembelih di urat tengkuk dengan bacaan 'basmalah' dan bukannya dicucuk atau ayam mati lemas. Jadi seboleh-bolehnya cari la kedai yang penyembelihnya malayu/Islam

>> Tapi macam mana pulak kalau kita pergi ke pasar nampak ayam yang di atas meja pasar tu dah takde kepala. Pasti ke mereka sembelih dengan betul? Tak mustahil juga sebelum tu ayam dah mati lemas/cucuk, dah rebus buang bulu bile nak letak atas meja baru potong kepala ayam. Jika itu berlaku ayam tetap tidak halal.

>> Nak kenal pasti ayam tak mati tekejut tengok pada kulit ayam yang dah takde bulu tu. Ayam yang di sembelih dengan betul selalunya kulitnya licin dan cantik (kecuali ayam kampung). Manakala ayam yang mati tekejut/cucuk kulitnya permukaan berbintik timbul teruk dan banyak macam kulit kita kalau bulu meremang.

>> Ni sedikit tip mana nak cari ayam Halal ( tak berniat untuk memburukan mana-mana perniagaan ayam tapi siapa suruh korang sembelih ayam tak betul)

Kajang: selama Naru duk sana ayam di econsave ,bangi memang kulit die cantik. Jadi boleh beli disana.

Kuchai lama: Naru selalu beli barang dapur kat NSK kuchai lama sebab murah tapi bagi penduduk Islam di sini tolong jangan beli ayam di sana. Memang yang potong ayam bahagian depan tu malayu. Tapi Naru pernah nampak ayam mati yang kepala tak putus habis dan kalau tengok kulit ayam tu pun memang teruk. Sebab tu Naru beli ikan je kat NSK.

Desa Petaling: Ayam di Giant, Megan Salak park setakat ni kulit die nampak cantik dan Naru berani beli kat sini. Tapi still kena cek dan berwaspada takut ade yang campur.


Ok kalau tanya mana parent Naru beli ayam untuk bisnes die, memang semua orang susah nak cari tempat die. Ayam yang parent Naru beli selalunya dihantar depan rumah dan datang dari kilang sembelih ayam kawan ayah Naru sendiri. So memang was-was tu 0.01%. Tak boleh nak cakap 100% bersih sebab ayam di Malaysia ni memang takkan terlepas dari lalat hehe.

Jadi sekian saja tip tuk hari ni. Selamat Hari Raya dan selamat memilih ayam yang halal.

Wasalam,
Narumi/Nurul
Yang cute

Sabtu

Love Shop Online opening back contest

Assalammualaikum semua rakan-rakan Blogger ^_^

Pejam-celik dah dua minggu kita berpuase. Sekejap je rase. Sebelum ni LSO pernah adakan pertandingan gambar cute/cantik/stylo dan ramai para blogger yang join. Harap contest kali ni lebih ramai lagi yang join sebab hadiah yang ditawarkan bernilai lebih Rm 50.

Sebelum tu Naru nak cerita sikit konsep baru LSO pada yang sudi kalau nak terus jump ke contest scroll je bawah ok ;)

Konsep baru Love Shop Online:

+ penambahan lebih banyak info berkaitan fesyen,masakan,agama,art & design dan pelbagai lagi tip-tip yang menarik

+ LSO hanya menjadi medan promote produk anak syarikat atau medan iklan produk rakan LSO terutama para blogger yang berminat. (Para blogshop boleh hubungi/ pm Naru di page Love Shop Online untuk iklan produk)

+ LSO akan menjadi orang tengah untuk sebarang aduan atau pendapat berkenaan produk yang dipasarkan.

+LSO akan lebih disiplin dan memantau para peniaga untuk mengelakkan sebarang penipuan dalam urus niaga produk di dalam LSO.

Kepada para pengunjung Page >> Love Shop Online

Kami ucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih. Semoga pembeli akan lebih merasa selamat untuk membeli secara online dan semoga para penjual juga semakin maju dalam perniagaan mereka. Amin..

Pertandingan ini di taja oleh Shiny Brooch ( anak syarikat LSO )

Pertandingan Tudung Raya 2014 :

Cara sertai>>

1. Like page Facebook :
         Shiny Brooch

2. Tulis sebuah entry ringkas (option) berserta gambar step by step cara anda memakai/melilit/mengayakan tudung/selendang/half-moon/dll  untuk hari raya anda. Lihat contoh gambar

3. Pastikan gambar tersebut boleh di copy oleh LSO untuk di postkn dalam page kami. Gambar yang digunakan dalam pertandingan ini juga akan dipost dalam page Shiny Brooch untuk tujuan mempromosi produk Shiny Brooch.

4. Akhir entry jangan lupa letakkan link entry ini untuk promote kawan-kawan anda join pertandingan ni

5. Dah siap entry/gambar anda letakkan link entry anda di comment untuk kami senang nak cari atau nak mudah lagi Pm je kami di Page Facebook kami > Love Shop Online

Done.

LSO ucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang menyertai pertandingan ni.

Tarikh tutup:
12/8/2014

Jom Terjah

Senarai Blog Saya

Blogger templates